Lembaga nenek kebayan putih ganggu bayi

 Lembaga nenek kebayan putih ganggu bayi

PETALING JAYA: Pernah tak anda mengalami peristiwa yang menyeramkan dalam kehidupan seharian dan telah menyebabkan trauma hingga sukar untuk dilupakan.

Pasti ramai yang pernah merasai pengalaman mistik dan paranormal samada walaupun ketika kecil atau pun dewasa, malah ada juga yang beranggapan ini hanyalah sekadar persepsi mainan minda kerana mendakwa mana mungkin “hantu” wujud di zaman era moden ini.

Berikutan itu, seorang wanita telah berkongsikan satu video yang akan membuatkan penonton “tegak bulu roma” setelah menontonya kerana didakwa ada gangguan paranormal.

Apa yang menyeramkan dalam video yang berdurasi 15 saat itu, telah memperdengarkan suara mistri yang didakwa seakan-akan sedang berinteraksi dengan bayinya.

Difahamkan, wanita berkenaan sedang melakukan ibadah solat ketika itu lalu berasa pelik kerana melihat reaksi anaknya yang sedang ketawa, dan kelihatan seperti “diagah” oleh makhluk halus.

Menurut wanita yang bernama Fitrah Selamat itu, tujuan dia membuat rakaman video berkenaan adalah untuk menghantar kepada suaminya dan memberitahu keadaan terkini anaknya.

Selepas mengulang tayang beberapa kali video berkenaan, telah terdengar suara panggilan “adik” yang agak sayup pada ketika itu.

@fitrahselamat suara siapa tuuuuu #fyp #fypシ ♬ original sound – fitrahselamat

Lantaran itu, ia telah mengundang pelbagai persepsi oleh pengguna media sosial dan ada yang mendakwa ia merupakan lembaga wanita berusia lingkungan 90 tahun yang sedang bermain dengan anaknya ketika itu.

Jangan risau kak tu nenek yang berpakaian putih, dia bukannya kacau, tapi dia menjaga umur dia dalam lingkungan 90 tahun

“Memang nampak seseorang di depan budak tu, pakaian serba putih bersih, Insha allah tak ada apa, jangan fikir negatif okay,” komen pengikutnya.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

57  −    =  56