Lelong 20 lukisan di bengkel

 Lelong 20 lukisan di bengkel

Oleh IQHRAM AHMAD

NILAI: Siapa sangka hobi dalam bidang seni lukis mampu menjana pendapatan yang lumayan. Bagi Azizan Ahmad, 49, hobi melukis yang penjana pendapatan telah membuka ruang untuk beliau membuat sesuatu yang baharu bagi setiap lukisan.

Azizan yang sudah 15 tahun aktif dalam bidang berkenaan turut berkata, ada antara lukisannya yang mencecah harga ribuan ringgit.

Ketika ditemui wartawan Wacana.my di bengkel lukisannya di sini, Azizan berkata, beliau mula melukis sejak di bangku sekolah tetapi mula aktif sekitar 2005. Ketiadaan segulung sijil tidak menghalang beliau terus berkecimpung dalam dunia lukisan.

“Saya tiada pendidikan formal atau sijil mahupun diploma mengenai seni lukis. Pada mulanya saya belajar sendiri dengan meniru gambar sampai jadi. Untuk menambah skil dan keyakinan, saya mengikuti kelas selama setahun di El Art Cave,” katanya.

Bagi mana-mana aktivis seni, pasti ada idola tersendiri. Azizan meminati dan menghormati hasil seni pelukis veteran tempatan, Dato’ Azman Yusoff, manakala Leng Jun, dari China adalah antara pelukis antarabangsa yang jadi idolanya.

Ketika ini, Azizan sedang melelong semua lukisan dalam simpanan di galeri beliau yang terletak dalam sebuah bengkel kerja besi di Putra Nilai, Negeri Sembilan. Harga lukisan antara RM50 hingga RM5,000 tiap satu bergantung kepada saiz serta medium.

“Selain berada dalam simpanan untuk tempoh yang lama, saya juga ingin memberi peluang kepada pencinta seni untuk memiliki karya saya,” katanya.

Untuk menikmati atau membeli karya seni Azizan, sila hubungi beliau di 019-2094656.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  6  =  3