• Thursday, 17 June 2021, 12:24 pm

Lelaki terselamat dari dihempap pokok tumbang

 Lelaki terselamat dari dihempap pokok tumbang

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Seorang pemandu kereta dapat menyelamatkan diri manakala seorang lagi cedera ringan dalam kejadian pokok tumbang berhampiran Muzium Negara hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, kejadian melibatkan dua mangsa iaitu pemandu kereta yang dapat menyelamatkan dan tidak mengalami apa-apa kecederaan manakala seorang lagi penunggang motorsikal yang mengalami kecederaan ringan.

Bomba menerima panggilan kecemasan jam 3:21 petang dan pasukan operasi daripada BBP Hang Tuah bersama 1 jentera FRT, 1 unit EMRS  dengan kekuatan 10 orang anggota terlibat dengan operasi.

Menurut Komander Operasi PBK II Md Izzat Ahmad, setibanya jentera bomba di lokasi kejadian didapati berlakunya sebatang pokok telah tumbang menghempap sebuah kereta Proton Saga dan sebuah motorsikal Yamaha LC 135.

“Penunggang motorsikal yang mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki telah dihantar oleh ambulab APM ke hospital untuk rawatan lanjut ,” katanya.

Pihak bomba berada di lokasi bagi melakukan kerja-kerja memotong dan membersihkan pokok yang tumbang.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *