Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Lelaki Sarawak “Champion” kahwini dua wanita sekali gus

PETALING JAYA: Mengadakan majlis perkahwinan mahupun pernikahan secara maya atau pandu lalu diwaktu pandemik ini, mungkin sudah menjadi perkara biasa buat kita dek kerana norma baharu yang perlu kita lalui kini.
Namun apa yang memeranjatkan, terdapat satu pernikahan yang mengejutkan seluruh warga Malaysia, apabila seorang lelaki di Sarawak telah menikahi dua wanita sekali gus dalam satu masa.

Perkara ini menjadi tular apabila jurugambar buat pasangan pengantin berkenaan yang bernama Mohamad Muhidin, telah memuatnaik serta berkongsikan gambar pengantin berkenaan menerusi akaun Facebook baru ini setelah selesai menjalankan tugasannya.
Pasangan bertuah berkenaan Jafarrudin Morni, pengantin lelaki, manakala, Mazlinah Sieytha Rieytha dan Tahaau adalah pasangan wanita yang dinikahinya sekali gus.

Mungkin jarang kita lihat, pernikahan seperti ini dilakukan di Malaysia, apa yang boleh dikatakan buat Jafarrudin Morni, selaku pengantin lelaki, anda sememangnya “champion” kerana tidak semua mampu untuk melakukan perkara seperti ini.

Lantaran itu, rata-rata yang melihat kagum dengan apa yang dilakukan oleh jejaka ini kerana mengambil keputusan berkahwin serta berpoligami dalam waktu yang serentak.
Hebat la abang oi, bukan biasa-biasa abang ni
“Orang lain yang poligami orang lain pula yang rasa
Tahniah untuk pasangan pengantin dan madunya, awak memang terbaik,” komen pengguna media sosial.