• Wednesday, 16 June 2021, 6:02 am

Lelaki pukul isteri hingga koma dipercayai di Selangor atau Kedah

 Lelaki pukul isteri hingga koma dipercayai di Selangor atau Kedah

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU, 26 Mei – Suami yang memukul isterinya yang hamil sehingga koma, dipercayai berada di Shah Alam, atau Alor Setar.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu, polis giat menjejak suspek, 38, termasuk menerusi risikan yang dilakukan.

“Kita belum dapat menahan suspek itu namun risikan yang dibuat mendapati suspek dipercayai berada di Shah Alam atau Alor Setar.

“Kita akan mengiatkan risikan dan membuat serbuan jika mendapat petunjuk baharu,” katanya pada sidang medi di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, semalam.

Kelmarin, Jahidah Nordin, 43, dilaporkan bertarung nyawa selepas parah disyaki dipukul suaminya pada 4 Mei lalu.

Wanita itu yang merupakan kakitangan kerajaan kini berada di Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Mangsa yang hamil empat minggu mengalami kecederaan parah pada kepala dan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya.

Mangsa yang tidak sedarkan diri dipindahkan ke HTJ Seremban atas permintaan keluarga selain nasihat daripada HSA.

Kejadian yang menimpa wanita itu menjadi tular selepas adik mangsa, Fazariah Nordin memuat naik keadaan kakaknya dalam laman sosial.

Pada 18 Mei lalu, polis mengedarkan nama dan alamat Rosmaini Abd. Raof, 38, beralamat di A 102 Perumahan Polis, Taman Derga Jaya, Alor Setar di Kedah dan bekerja sebagai peniaga.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi terus talian hotline IPD Johor Bahru Selatan menerusi talian 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Salaihudin Azual Razali 013-7290763.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *