lelaki maut, van dipandu hilang kawalan

 lelaki maut, van dipandu hilang kawalan

PARIT BUNTAR: Malang tidak berbau, apabila seorang lelaki dilaporkan telah meninggal dunia apabila kenderaan yang dipandunya telah terbabas jam 6 pagi tadi.

Mangsa Mohammad Tarmizi Mohd Tajuddin, 33, maut setelah van yang dipandunya terbabas di Batu 11 Jalan Pantai Tanjung Piandang.

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian,Superintendan Mazuki Mat berkata, setiba di tempat kejadian van tersebut hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar sebatang pokok di bahu jalan.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah pada bahagian kepala.

“Anggota bomba yang tiba di tempat kejadian telah membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit pada tempat duduk pemandu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk tujuan bedah siasat manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber Kosmo.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

84  −    =  77