Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Lelaki maut tersepit dalam kemalangan

Oleh Nurman Nasyriq
KLUANG, 27 Mei – Seorang lelaki maut selepas terlibat kemalangan di Jalan Parit Ismail, Simpang Renggam di sini, hari ini.
Nahas jam 9.53 pagi itu melibatkan kenderaan dipandu mangsa, M Sasitaran, 25, dengan sebuah lori dipandu Rahmat Kamsan, 39.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Renggam, Pegawai Bomba Kanan II Ismail Rahmat berkata, tujuh anggota dan sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.
“Terdapat seorang mangsa cedera dan tersepit di tempat duduk pemandu kereta, manakala pemandu lori terselamat.
“Bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi selesai jam 10.41 pagi.