Lelaki maut tersepit dalam kemalangan kereta, lori

 Lelaki maut tersepit dalam kemalangan kereta, lori

Seorang maut manakala seorang cedera dalam kemalangan di Batu Pahat petang semalam.

BATU PAHAT, 2 Sept — Seorang maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori di Jalan Ayer Hitam  menghala Yong Peng, Kampung Parit Haji Ghaffar, dekat sini semalam.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Hafiz Othman, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut pada jam 4.14 petang.

Susulan itu, seramai sembilan anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kejadian itu melibatkan sebuah kereta Proton Waja dan sebuah lori jenis Hino satu tan dari arah bertentangan sebelum berlaku kemalangan.

“Kemalangan itu mengakibatkan pemandu kereta, Muhammad Nur Shafiq Mohd. Noor, 25, tersepit. Pihak bomba mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis.

Pemandu lori, Tan Tian Kai, 55, mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital di daerah ini.

Operasi tersebut tamat jam 5 petang.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

6  +  2  =