Lelaki maut dihempap pokok sawit ketika bersih ladang

 Lelaki maut dihempap pokok sawit ketika bersih ladang

Seorang lelaki maut dihempap sebatang pokok sawit yang tumbang semasa melakukan kerja membersihkan ladang di Taman Saujana, Kluang, semalam.

KLUANG, 17 Sept — Seorang lelaki maut dihempap sebatang pokok sawit yang tumbang semasa melakukan kerja membersihkan ladang di Taman Saujana, di sini petang semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Pegawai Bomba Kanan II Shamsul Amri Shahab berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut pada jam 6.14 petang.

Seramai sembilan anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan satu unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Terdapat sebatang pokok kelapa sawit tumbang berukuran 30 kaki telah menghempap seorang mangsa lelaki dewasa berusia 54 tahun.

“Semasa kejadian tersebut, mangsa bersama-sama dua lagi pekerja jengkaut sedang melakukan kerja-kerja pembersihan ladang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Kejadian tersebut disedari seorang pekerja jengkaut.

Pokok itu berjaya dialihkan rakan mangsa dengan menggunakan jengkaut setelah diarahkan oleh pihak bomba dalam tempoh lima minit.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Operasi berkenaan tamat jam 8.24 malam.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *