• Sunday, 20 June 2021, 3:31 pm

Lelaki mati dalam kereta bukan sebab COVID

 Lelaki mati dalam kereta bukan sebab COVID

Oleh Nurman Nasyriq

KULAI, 25 Mei – Polis mengesahkan kematian seorang lelaki dalam sebuah kereta di Senai bukan disebabkan COVID-19 seperti yang tular dalam media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, perkara itu sudah disahkan Hospital Kulai selepas menjalankan  bedah siasat.

“Keputusan ‘swab test’ mangsa didapati negatif selepas pegawai penyiasat mendapatkan laporan perubatan daripada hospital pada Jumaat lalu.

“Tiada sebarang kecederaan fizikal ditemui ke atas mangsa dan pegawai perubatan mengesahkan punca kematian adalah ‘coronory artheroma’ atau serangan jantung. Kes diklasifisasikan sebagai mati mengejut,” katanya, hari ini.

Sebelum ini lelaki berkenaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta di tempat letak kenderaan di Kawasan Perindustrian 2, Senai pada jam 4.20 petang Khamis lalu.

Kemudian tersebar mendakwa lelaki berkenaan meninggal dunia akibat positif COVID-19 sebelum spekulasi itu menjadi tular.

Beng Yeow mengingatkan orang ramai tidak menyebarkan sebarang cerita yang diragui dalam media sosial supaya tidak menimbulkan panik dan keresahan dalam masyarakat.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *