• Sunday, 20 June 2021, 7:42 am

Lelaki kuarantin nyaris maut dalam kebakaran

 Lelaki kuarantin nyaris maut dalam kebakaran

Oleh Nurman Nasyriq

BATU PAHAT, 27 Mei – Seorang lelaki yang menjalani kuarantin kendiri di rumah nyaris maut apabila kediamannya di Jalan SMRK Rengit dekat sini, terbakar malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam, mangsa, 30-an, tersedar ketika api mula marak sebelum menyelamatkan diri.

Ketika kejadian mangsa tinggal seorang diri, manakala ibunya, 68, menjalani kuarantin di pusat kuarantin sejak 21 Mei lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit, Penolong Penguasa Bomba Ayub Majid berkata, 36 pegawai dan anggota dari BBP Rengit, BBP Ayer Hitam, Fire Pos Benut dan Pasukan Bomba Sukarela Benut dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, mereka turut dibantu empat jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Fire RescueVehicle (FRV).

“Kita memadamkan kebakaran menggunakan sumber air dari jentera dan pili bomba berhampiran sehingga api padam sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kebakaran itu memusnahkan 80 peratus rumah manakala jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *