Lelaki hilang jatuh dari bot ketika memancing

 Lelaki hilang jatuh dari bot ketika memancing

TELUK INTAN, 4 April — Seorang lelaki hilang selepas dilaporkan terjatuh dari sebuah bot ketika memancing bersama abang iparnya di Sungai Rubana di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan Mohd Ismail Mohd Yunus berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden yang menimpa Wan Azila Abdul Aziz, 27, dari Kampung Sarang Tiong, pada kira-kira 6 petang serta bergegas ke lokasi sebelum melancarkan operasi mencari dan menyelamat.

“Mangsa dikatakan bersama abang iparnya menaiki bot untuk memancing di sungai tersebut dan dipercayai telah terjatuh ke sungai akibat daripada cubaan untuk mengelak daripada sampah sarap di sekitar sungai.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa telah terjatuh dan abang ipar mangsa cuba menyelamatkan mangsa tetapi gagal,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata abang ipar mangsa telah dihantar ke hospital oleh orang awam untuk rawatan.

Katanya pencarian sedang dilakukan di sekitar lokasi mangsa dikatakan terjatuh.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  56  =  64