Lelaki gagal hantar daun ketum bernilai RM45,150

 Lelaki gagal hantar daun ketum bernilai RM45,150

BENTONG, 21 Jun -Daun ketum seberat 1,505 kilogram dirampas dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) di Plaza Tol Bentong. Foto WMY/Mohd Fikri Mie

BENTONG, 21 Jun – Cubaan seorang lelaki berusia 28 tahun memindahkan daun ketum bernilai RM45,150 menggunakan lori membawa padah apabila dia ditahan dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) di Plaza Tol Bentong, di sini semalam.

Daun ketum seberat 1,505 kilogram (kg) yang telah dibungkus dalam kotak dan plastik tertulis nama penerima itu dibawa dari sebuah negeri di utara untuk dihantar ke Kuantan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, berdasarkan pemeriksaan terhadap sebuah lori pada 8.30 pagi semalam menemukan sebanyak 1,505kg daun ketum bernilai kira-kira RM45,150.

“Pada mulanya lelaki berkenaan manyatakan tidak membawa apa-apa barang dan mempunyai surat kebenaran untuk rentas negeri daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tetapi anggota bertugas yang berasa curiga melakukan pemeriksaan di dalam lori sebelum menemukan sejumlah daun ketum.

“Suspek yang berusia 28 tahun ditahan reman selama empat hari dan polis merampas sejumlah daun ketum yang boleh menghasilkan kira-kira 30,200 bungkus air ketum serta merampas wang tunai berjumlah RM1,900 serta menyita sebuah lori tiga tan,” katanya di sini, hari ini.

BENTONG, 21 Jun – Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar melihat daum ketum 1,505 kilogram yang dirampas dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) di Plaza Tol Bentong. Foto WMY/Mohd Fikri Mie

Menurut Zaiham, kes berkenaan disiasat mengikut Sekysen 30 (3) Akta Racun 1962, sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum selama empat tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Beliau menambah, suspek mempunyai lima rekod kes lampau bagi kesalahan dadah dan ujian saringan air kencing mendapati suspek yang bekerja sebagai pemandu lori negatif dadah.

Zaiham berkata, berdasarkan siasatan mendapati daun ketum berkenaan dibawa dari sebuah negeri di utara semenanjung Sabtu lalu oleh seorang lelaki sebelum lori berkenaan mengalami kerosakan di Rawang, Selangor.

“Muatan daun ketum itu kemudiannya dipindahkan ke lori lain dan digantikan pemandu lain iaitu suspek yang dibayar wang pendahuluan sebanyak RM1,500 dan baki RM1,500 lagi dijanjikan akan dibayar selepas serahan barangan.

“Pada masa ini siasatan masih dilakukan dan pihak polis masih mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Sham berusia 20-an yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu,” katanya.

Mohd Fikri Mie

Fikri@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

9  +  1  =