Lelaki ditahan simpan burung helang, kakak tua

 Lelaki ditahan simpan burung helang, kakak tua

Perhilitan Johor merampas dua ekor burung helang dan seekor kakak tua daripada seorang lelaki di sebuah rumah di Johor Bahru, Isnin lalu

JOHOR BAHRU, 15 Jun — Jabatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menahan seorang lelaki dan merampas tiga ekor burung yang disimpan tanpa dokumen sah di rumahnya di bandar raya ini, Isnin lalu.

Pengarah Perhilitan, Salman Saaban berkata, dalam serbuan pukul 7.30 malam itu, anggota penguat kuasa Jabatan Perhilitan Johor merampas dua ekor burung helang dan seekor burung kakak tua yang merupakan haiwan terancam.

“Operasi tersebut yang dijalankan ke atas sebuah premis itu berjaya merampas seekor burung Lang Kepala Kelabu, seekor burung Lang Siput dan ‘seeker grey parrot’.

Anggota penguat kuasa Jabatan Perhilitan Johor merampas dua ekor burung helang dan seekor burung kakak tua yang merupakan haiwan terancam.

“Pemeriksaan lanjut mendapati lelaki terbabit menyimpan haiwan terancam itu tanpa sebarang dokumen yang sah daripada Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Suspek yang berusia 35 tahun telah dibawa ke balai polis untuk laporan dan kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Kesemua barang kes telah dibawa ke Jabatan Perhilitan Mersing untuk tindakan selanjutnya.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

16  −    =  7