Lelaki ditahan seludup pelbagai haiwan eksotik bernilai lebih RM60,000

 Lelaki ditahan seludup pelbagai haiwan eksotik bernilai lebih RM60,000

KOTA BHARU, 25 April — Batalion Ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) menahan seorang lelaki kerana disyaki menyeludup masuk pelbagai spesies haiwan eksotik bernilai lebih RM60,000 di Kampung Kebun dekat Pengkalan Kubor, Tumpat,  malam tadi.

Pegawai Pemerintah Medan PGA7 Supt Azhari Nusi berkata lelaki tempatan berusia 33 tahun itu ditahan pada 11.30 malam oleh sepasukan anggotanya yang menjalankan rondaan Op Benteng.

“Lelaki itu ditahan ketika berada di dalam sebuah kereta jenis Proton Aeroback. Pemeriksaan yang dilakukan menemukan  80 ekor kura-kura sulcata tortoise bernilai RM 44,000; 12 ekor kura-kura Indian star tortoise (RM 12,000); ular sawa reticulated phyton (RM1,600); tiga ekor tupai  red giant flying squirrel (RM1,800) dan cicak  black dragon lizard (RM2,400).

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan ialah RM65,800,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, lelaki itu ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen atau permit sah berkaitan haiwan yang dibawa.

“Kesemua haiwan eksotik itu dipercayai diseludup masuk dari Thailand untuk pasaran tempatan di negara ini,” katanya, menambah kes disiasat mengikut  Seksyen 60 (1)(a) Akta Perhilitan 1972 dan Seksyen 68 (1)(a) akta sama.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

27  +    =  35