Lelaki ditahan polis selepas pecah peti simpanan wang majikan

 Lelaki ditahan polis selepas pecah peti simpanan wang majikan

Oleh Nurman Nasyriq

ISKANDAR PUTERI, 12 Mac — Tidak sampai 24 jam memecahkan peti simpanan wang di sebuah kilang perabot di Taman Tan Sri Yaacob di sini, seorang bekas pekerja kilang tersebut ditahan polis semalam.

Suspek lelaki tempatan berusia 50 tahun itu ditahan anggota Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pada pukul 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian itu disedari pemilik kilang, 50, semasa mahu menyimpan wang hasil perniagaan pada pukul 6.30 petang kelmarin.

“Mangsa membuat pemeriksaan dalam peti simpanan wang itu dan mendapati hanya duit siling yang tinggal serta wang kertas campur-campur tiada dan disyaki dicuri.

Peti simpanan wang yang telah dipecahkan oleh suspek. 

“Anggaran kerugian RM200,000. Kemudian pasukan dari IPD Iskandar Puteri berjaya mengesan dan menangkap suspek, 59, iaitu bekas pekerja kilang itu di Taman Daya, Johor Bahru jam 2.30 petang semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan awal suspek mengaku mencuri wang dalam peti simpanan tersebut sebanyak RM35,000 dan telah menggunakan RM25,000 membayar hutang ah long manakala selebihnya digunakan untuk berjudi.

Beliau berkata, polis turut merampas satu telefon bimbit jenama jenama Realme C3 dan wang tunai RM650.

Hasil siasatan katanya, mendapati suspek tiada sebarang rekod jenayah atau dadah dan ujian saringan air kencing mendapatinya negatif.

Kes itu katanya, disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2  +  8  =