Lelaki ditahan bersama kereta penuh muatan rokok seludup

 Lelaki ditahan bersama kereta penuh muatan rokok seludup

Seorang lelaki ditahan PGA Simpang Renggam kerana didapati mengedarkan rokok seludup pelbagai jenis di Taman Putera Indah, Batu Pahat

BATU PAHAT – Seorang lelaki tidak sempat melarikan diri dengan kereta yang sarat membawa muatan rokok seludup apabila diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam di Jalan Putera Indah 15/1, Taman Putera Indah, di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintenden Dimin Awang berkata, suspek lelaki tersebut yang berusia 25 tahun ditahan bersama-sama kereta Proton Isawara merah pada jam 3 petang.

“Pemeriksaan telah dilakukan ke atas kereta tersebut dengan disaksikan suspek dan menemui beberapa barang yang disyaki barang seludup.

“Antara barangan yang berjaya dirampas ialah 25 karton Canyon merah 20 batang, sembilan karton Canyon hijau 20 batang, lapan karton John Blend 20 batang dan enam karton John White 25 batang.

“Ini termasuk enam karton John 20 batang, tujuh karton John Blast 20 batang, dua karton DJ Ice Plus 20 batang, dua karton DJ Black Edition 20 batang, dua karton John British 20 batang, tiga karton Luffman 16 batang, empat karton Impact Diplomat 16 batang dan dua karton Gudang Baru 20 batang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kesemua rokok berkenaan bernilai RM2,683, manakala cukai berjumlah RM11,323, katanya sambil memberitahu suspek dipercayai membekalkan rokok tersebut ke kedai-kedai runcit di sekitar daerah ini.

Dimin berkata, suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu pejabat Daerah (IPD) Batu Pahat untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

Beliau meminta orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

75  −  66  =