• Sunday, 20 June 2021, 9:38 am

Lelaki ditahan bergurau miliki bom di Lapangan Terbang Tawau

 Lelaki ditahan bergurau miliki bom di Lapangan Terbang Tawau

TAWAU, 21 Mei — Seorang lelaki ditahan selepas bergurau memiliki bom akibat tidak berpuas hati kerana lama menunggu untuk mendaftar masuk penerbangan di Lapangan Terbang Tawau, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata lelaki berumur 30 tahun dan bekerja sebagai polis bantuan di sebuah syarikat di Selangor ituĀ ditahan pada pukul 8.20 pagi.

“Lelaki bersama isteri dan dua anaknya dari Semporna itu tiba di Lapangan Terbang Tawau pada pukul 7.00 pagi untuk menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur, namun terpaksa menunggu lama.

“Ketika staf di kaunter melakukan pemeriksaan barang dalam beg, lelaki itu dengan lantang menyebut ‘ada bom’ sehingga didengari kakitangan di kaunter daftar masuk dan orang lain,” katanya dalam sidang media di siniĀ hari ini.

Peter berkata sepasukan Unit Pemusnah Bom kemudian menjalankan pemeriksaan terhadap beg itu dan hanya menemukan bungkusan makanan di dalamnya.

Katanya lelaki terbabit sudah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini selepas 24 jam ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *