Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh dalam sungai

 Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh dalam sungai

Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas dalam Sungai Muar selepas terjatuh dari Jambatan Sultan Ismail di Jalan Kesang, semalam.

MUAR, 30 Jul  — Seorang lelaki dikhuatiri lemas dalam Sungai Muar selepas terjatuh dari Jambatan Sultan Ismail di Jalan Kesang, semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Timbalan Penguasa Bomba II Shahrizal Mohtar berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut pada jam 7.42 petang.

Susulan itu, seramai 10 anggota dari BBP Muar dibantu enam anggota polis, empat polis marin dan empat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dikejarkan ke tempat kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa turut dibantu sebuah bot aluminium BP39 dari BBP Muar.

Operasi dilakukan menerusi pencarian di permukaan air sepanjang dua kilometer dari jambatan ke hilir sungai dan empat kilometer ke hulu sungai.

“Operasi masih diteruskan hingga kini dengan pencarian di pesisiran sungai. Identiti mangsa masih belum dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

9  +  1  =