Lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Petuang, Tasik Kenyir

 Lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Petuang, Tasik Kenyir

HULU TERENGGANU, 28 Mac — Seorang lelaki dikhuatiri lemas semasa mandi di Sungai Petuang, Tasik Kenyir petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira 6.20 petang semalam berhubung kejadian yang menimpa Ami Azzizol Abu Bakri, 22, yang berasal dariĀ Dungun.

Katanya sebelum kejadian yang berlaku pada 5.50 petang itu, beberapa saksi termasuk ahli keluarga Ami AzzizolĀ melihat lelaki itu berenang dari sebuah rumah rakit ke dalam Sungai Petuang di hadapan rumah rakit tersebut untuk mandi.

ā€œTidak lama kemudian saksi nampak mangsa terkapai-kapai meminta tolong dipercayai mengalami kekejangan otot. Seorang daripada saksi iaitu anak pemilik rumah rakit telah cuba memberi pertolongan namun hampir lemas kerana mangsa memaut belakang saksi yang cuba membantu. Mangsa terus tenggelam dan tidak dapat diselamatkan,ā€ katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya operasi mencari dan menyelamatĀ  telah dijalankan semalam oleh 46 orang yang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam, namun tidak menemukanĀ sebarang petunjuk.

ā€œPencarian diteruskan hari ini sekitar 8 pagi,ā€ katanya.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

95  −    =  88