• Sunday, 20 June 2021, 9:37 am

Lelaki dikhuatiri lemas di Sg Rasah

 Lelaki dikhuatiri lemas di Sg Rasah

RAWANG, 9 Jun —  Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing di kawasan Sg Rasah disini malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memberitahu, anggota Bomba tiba di lokasi jam 8.23 malam tadi dan kerja-kerja pencarian mula dijalankan.

Operasi diketuai oleh Komander Operasi PgKB II Mohd Azizi Mohd Nahrowei dibantu oleh Komander Operasi Kanan PgKBII Samsol Maarif Saibani melibatkan 8 anggota bomba.

Jurucakap Bomba berkata pencarian dipermukaan di sekitar kawasan telah dilakukan dan pencarian diteruskan pagi ini bersama Unit K9.

Mangsa dipercayai seorang lelaki berusia sekitar 30an.

Laporan lanjut akan menyusul.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *