Lelaki amuk tikam warga emas

 Lelaki amuk tikam warga emas
Oleh Nurman Nasyriq
KULAI, 8 Mac — Seorang lelaki bukan sahaja mengamuk malah turut menikam seorang warga emas dalam satu pergaduhan di sebuah homestay di Taman Kota, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, suspek, 35, menggunakan sebilah pisau untuk menikam mangsa berumur 78 tahun berkali-kali di bahagian perut hingga mati.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, motif pergaduhan masih dalam siasatan namun suspek sudah pun diberkas tidak lama selepas kejadian.

Superintendan Tok Beng Yeow
Suspek ditahan ketika duduk di kaki lima sebuah kedai di Jalan Pinang 1, taman tersebut jam 4.15 petang. Tangkapan ini dilakukan selepas menerima aduan daripada seorang lelaki pada jam 3.55 petang berhubung satu pergaduhan bersenjatakan pisau di sebuah homestay di taman berkenaan.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Balai Polis Kulai pergi ke tempat kejadian dan menjumpai mangsa dalam keadaan terbaring dengan beberapa kesan tikaman,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini
Hasil siasatan mendapati suspek telah mengamuk dan bertindak menikam mangsa dengan  menggunakan sebilah pisau.
“Pegawai dan anggota forensik dari Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor turut datang di tempat kejadian bagi membantu siasatan,” katanya.
Pemeriksaan awal pada tubuh mangsa mendapati terdapat kesan kecederaan akibat ditikam pada bahagian perut.
“Suspek diberkas bersama-sama sebilah pisau digunakan dalam kejadian tersebut selain mengambil  rakaman kamera lirar tertutup (CCTV) di homestay berkenan bagi membantu siasatan,” katanya.
Suspek dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol semasa melakukan perbuatan tersebut.
Semakan mendapati suspek turut mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah serta direman tujuh hari bermula hari ini.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7  +  1  =