Lelaki 50 tahun guna ‘deepfake’ jadi gadis cantik

 Lelaki 50 tahun guna ‘deepfake’ jadi gadis cantik

Zonggu dan persona gadisnya

Berhati-hatilah jika anda memilih nak ‘follow’ atau subscribe mana-mana personaliti Twitter, Youtube atau media sosial yang lain.

Sepertimana kes yang melibatkan pengguna Twitter dari Jepun @azusagakuyuki, yang telah berjaya ‘menipu’ followers beliau bahawa mereka mengikuti seorang peminat motosikal wanita yang muda dan cantik, walaupun realitinya beliau adalah lelaki berusia 50 tahun yang bernama Zonggu. Menurut media BBC, Zonggu menggunakan teknologi canggih dipanggil ‘deepfake’ yang membolehkan penggunanya mengubah rupa seseorang di dalam gambar atau video yang mana kesannya amat realistik.

Lelaki tersebut mendedahkan helah beliau di dalam program TV Monday Late Show, dimana beliau mengaku menggunakan program FaceApp dan program-program lain untuk mencipta persona gadis comel beliau.

Gambar-gambar “Cik” Zonggu yang comel di Twitter miliknya

Zonggu berkata, pada mulanya beliau mendapati amat sukar untuk mendapatkan jumlah peminat media sosial yang ramai dengan persona sebenarnya.

“Saya rasa tiada siapa yang nak ikuti cerita tentang seorang lelaki pertengahan umur yang menunggang motor sambil mengambil gambar sana-sini,” kata Zonggu.

Ketika itulah beliau mendapat idea untuk menggunakan FaceApp bagi mengubah rupa personanya di akaun beliau.

“Pada mulanya saya hanya eksperimen sahaja, tetapi nampaknya persona ‘wanita’ saya menjadi agak cantik,” tambah Zonggu yang sememangnya berambut panjang. “Setiap posting saya kini mendapat paling kurang 1,000 ‘Likes’, berbanding kurang dari 10 sebelum ini.

“Selepas itu saya mungkin terlalu terbawa-bawa ingin menjadikan gadis ini semakin comel,” tambah beliau sambil ketawa.

Helah Zonggu terbongkar setelah rupa sebenar beliau muncul di dalam pantulan cermin motosikal di dalam salah satu dari foto ‘gadis motor’ itu.

Bagaimanapun, pembongkaran itu tidak memberikan sebarang impak negatif kepada Zonggu dan akaun media sosialnya. Ketika ‘pengakuan’ beliau dibuat, Zonggu mempunyai lebih kurang 19,000 follower, tetapi sehingga artikel ini ditulis jumlah itu sudah menjangkau 24,000.

Ini adalah satu contoh keajaiban teknologi deepfake yang kini boleh digunakan sesiapa sahaja. Namun ia juga menunjukkan betapa bahayanya teknologi ini kepada masyarakat jika disalahgunakan. Jika sebelum ini kita boleh mempercayai ‘bukti’ gambar dan video, sekarang bagaimana pula?

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

88  −    =  81