Lebih 7 juta individu daftar vaksin COVID-19

 Lebih 7 juta individu daftar vaksin COVID-19

Oleh Iqhram Ahmad

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Sebanyak 7,235,436 rakyat Malaysia telah mendaftar bagi mendapatkan dos vaksin COVID-19.

Menurut laman rasmi Twitter Dr. Adham Baba, sebanyak 580,765 dos vaksin telah diberikan kepada rakyat Malaysia melalui Fasa 1 Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat 28 Mac 2021.

Jumlah tersebut merangkumi dos vaksinasi pertama (451,655) dan dos kedua (129,110) yang diberi keutamaan kepada pekerja barisan hadapan.

Malaysia telah mempersetujui untuk menggunakan vaksin daripada lima syarikat pengeluaran vaksin luar negara.

Vaksin yang digunakan Malaysia adalah keluaran Pfizer-BioNtech(Amerika Syarikat), Astra Zeneka (United Kingdom), Sinovac (China), Gamaleya (Rusia) dan Cansino (China).

Antara vaksin yang digunakan, hanya vaksin keluaran Cansino memerlukan satu dos, manakala vaksin pengeluaran syarikat lain memerlukan 2 dos.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  78  =  82