Lebih 56.1 peratus Orang Asli sudah terima vaksin COVID-19

 Lebih 56.1 peratus Orang Asli sudah terima vaksin COVID-19

Penolong Pegawai Farmasi, Ria Rustysha Nong memberi penerangan kepada masyarakat Orang Asli kebaikan menerima suntikan vaksin COVID-19. Foto WMY/Mohd Fikri Mie

KUALA LUMPUR, 14 Sept — Seramai 80,884 orang (56.1%) orang masyarakat orang asli yang telah menerima vaksin seluruh negara.

Berdasarkan kepada statistik yang diterima, sehingga 12 September 2021 jumlah kumulatif pemberian vaksin adalah sebanyak 128,548 dos kepada masyarakat orang asli di seluruh negara.

Jumlah ini merangkumi masyarakat orang asli yang telah menerima 1 dos, melengkapkan 2 dos vaksin dan menerima 1 dos vaksin jenis CanSino.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar berkata pihaknya menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) senantiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKMM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) bagi memastikan masyarakat orang asli diberi vaksinasi dengan segera.
Keutamaan vaksinasi kepada masyarakat orang asli menerusi Program

Timbalan Menteri 1, KPLB Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, jangkauan Luar (outreach) ini adalah menjadi komitmen KPLB dan JAKOA memandangkan masyarakat ini tinggal di pedalaman serta
mempunyai kesukaran perhubungan dan akses dari segi logistik untuk ke pusat-pusat vaksinasi yang disediakan oleh kerajaan di bandar atau pekan terdekat.

” Sebanyak tiga negeri yang mencatatkan kadar terendah vaksinasi masyarakat orang asli adalah di Terengganu, Kelantan dan Johor.

” Dengan jumlah keseluruhan masyarakat orang asli yang belum menerima vaksin di ketiga-tiga negeri ini adalah seramai 16,127 orang,” katanya.

Beliau menjelaskan, bagi jumlah negeri-negeri yang rendah ini, pihak KKM akan menggunakan vaksin jenis CanSino iaitu 1 dos bagi tujuan mempercepatkan kadar vaksinasi di kalangan masyarakat orang asli memandangkan lokaliti masyarakat ini yang terletak di pedalaman.

” KPLB akan terus bekerjasama dengan agensi strategik lain bagi mempercepatkan pemvaksinan di kawasan pedalaman,” katanya.

Selain itu, Abdu Rahman memberitahu, penggunaan secara optimum aset-aset kerajaan seperti helikopter dan bot-bot ke kawasan-kawasan pedalaman ini diyakini mampu meningkakan kadar vaksinasi bagi mencapai imuniti kelompok seperti yang dirancang oleh kerajaan pada Oktober ini.

Kerjasama ini adalah selari dengan konsep “whole government, whole society” dalam memerangi pandemik Covid-19.

” Kerajaan akan memastikan seluruh “Keluarga Malaysia” terutama masyarakat orang asli dapat menjalani kehidupan seperti biasa seterusnya memulihkan kembali ekonomi yang terjejas dan menjana pendapatan untuk sara hidup masyarakat ini,” jelasnya.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  44  =  49