• Sunday, 20 June 2021, 9:54 am

Lebih 30 anak yatim terperangkap akibat COVID-19 diselamatkan

 Lebih 30 anak yatim terperangkap akibat COVID-19 diselamatkan

Kebajikan Anak Yatim Ummi

Oleh Iqhram Ahmad

 

KAJANG, 17 Mei – Jangkitan wabak COVID-19 di sebuah rumah anak yatim menyebabkan lebih 30 penghuninya terperangkap setelah kematian penerajunya, Syed Abd Rahim, atau dikenali sebagai Tok Ayah, akibat wabak itu, sementara isterinya, Ummi Ros pula kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Sharifah Umairaa

Menurut anak perempuannya, Sharifah Umairaa, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Ummi di sini menempatkan 35 kanak-kanak lelaki dan perempuan yang mana 16 daripadanya disahkan positif COVID-19.

Beliau bagaimanapun mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang menyelamatkan kanak-kanak tersebut serta banyak membantu meringankan beban pihaknya.

“Alhamdulillah kanak-kanak yang negatif COVID-19 ini telah dibawa keluar dan dijaga oleh pihak sukarelawan buat sementara waktu. Selain menyediakan tempat tinggal, mereka turut menyediakan makanan kepada kanak-kanak ini tiga kali sehari.

“Sebelum ini, anak-anak yatim ini dibiarkan tanpa pengawasan, bahkan tanpa ada orang yang memasak makanan mereka. Anak yatim lelaki yang paling tua berusia 16 tahun manakala anak yatim perempuan tertua berusia 19 tahun,” katanya kepada Wacana.my.

Menurut Sharifah Umairaa, agak sukar bagi pihaknya untuk menguruskan anak-anak yatim tersebut apabila ada yang disahkan positif COVID-19 pada 10 Mei lalu.

“Kami adik-beradik yang turut membantu pengurusan rumah anak yatim ini tidak dapat memasuki premis tersebut kerana positif COVID-19 dan kini sedang menjalani kuarantin.

“Sebelum ini, menantu Ummi akan datang dari semasa ke semasa untuk memeriksa anak-anak ini, tetapi hanya dari luar kerana tidak ada yang dibenarkan masuk ke premis,” katanya.

Pandemik COVID-19 ini telah menyebabkan kes seperti ini makin bertambah sehingga menyebabkan bekalan keperluan asas hidup seperti makanan dan tempat tinggal menjadi sesuatu yang tidak pasti.

Sebagai seorang manusia, kita patut menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan, terutama di waktu pandemik COVID-19 yang tidak mengira agama dan bangsa.

 

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *