Lebih 100,000 tengok gajah di PKGK

 Lebih 100,000 tengok gajah di PKGK

Oleh Mohd Fikri Mie

TEMERLOH, 5 April – Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah di Lanchang, di sini, menerima kedatangan seramai 100,539 pengunjung tempatan sepanjang tahun lalu.

Pelancong bersama gajah di PKGK Kuala Gandah, Lanchang

Ketua PKGK Kuala Gandah, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman berkata, pada 2019 seramai 215,742 pengunjung tempatan dan antarabangsa datang untuk melihat pelbagai aktiviti membabitkan gajah yang diadakan selain turut melawat galeri haiwan liar itu.

Jumlah pelancong teramai dicatat datang ke PKGK Kuala Gandah adalah pada 2017 membabitkan lebih 223,000 diikuti pada 2016 (216,000) dan pada 2019 (215,742).

Beliau berkata, jumlah kehadiran pelancong tempatan dan asing ke PKGK Kuala Gandah bertambah setiap tahun namun susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu menyebabkan jumlah pengunjung jauh berkurangan.

Katanya, walaupun aktiviti menaiki gajah sudah lama tidak diadakan disebabkan faktor keselamatan namun ia tidak sedikitpun menjejaskan kehadiran pelancong tempatan dan luar negara.

“Saya menjangkakan lebih 100,000 pelancong tempatan akan berkunjung ke PKGK Kuala Gandah tahun ini terutama selepas kerajaan memberi kelonggaran dalam sektor pelancongan, ramai yang akan datang bersama keluarga terutama selepas tidak dapat keluar kawasan sebelum ini.

“Kehadiran pelancong begitu ramai beberapa bulan tahun lalu terutama apabila kerajaan membenarkan aktiviti merentas negeri selepas PKP,” katanya kepada Wacana.my.

Che Ku Mohd Zamzuri berkata, antara aktiviti di PKGK Kuala Gandah ialah persembahan gajah di pentas utama sambil memberi makan tembikai dan tebu selain pelancong berpeluang mandi di Sungai Teris bersama anak gajah yang dipantau gembalanya (mahut).

Beliau menambah, di kawasan kurungan terbuka, pelancong berpeluang melihat gajah bergerak bebas di bawah pokok dalam suasana hutan sebenar.

Katanya, kebanyakan pengunjung yang datang ke PKGK Kuala Gandah adalah pelancong berulang dan mereka tetap teruja melihat gajah dewasa dan anaknya.

“PKGK Kuala Gandah adalah produk pelancongan bertaraf antarabangsa yang dibuka setiap hari, berikutan PKP operasi ditutup sebelum ini.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  3  =  11