• Thursday, 17 June 2021, 1:02 pm

Lebih 1,000 kakitangan JPNP telah daftar vaksin COVID-19

 Lebih 1,000 kakitangan JPNP telah daftar vaksin COVID-19

Teks & Foto oleh Mohd Fikri Mie

KUANTAN, 2 Jun – Lebih 1,000 kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) semua peringkat sudah mendaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19 yang disediakan kerajaan.

Pengarahnya Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, sebagai ketua jabatan dia amat berpuas hati dan berbangga dengan kesedaran yang ditunjukan oleh kakitangan JPNP apabila secara suka rela mendaftar untuk menerima vaksin.

Menurutnya, selain mendaftar melalui MySejahtera mereka turut mendaftar menggunakan aplikasi PahangGo yang dibangunkan kerajaan negeri.

Katanya, difahamkan ramai juga dikalangan kakitangan JPNP di daerah dan negeri sudah menerima suntikan vaksin dos pertama dan kedua, mereka antara kumpulan pertama mendaftar.

“Sehingga semalam saya dapati hampir semua kakitangan diperingkat daerah serta negeri telah mendaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19 membabitkan lebih 1,000 kakitangan terdiri daripada semua peringkat.
“Semua pegawai, penolong pegawai, pengawas hutan, pekerja awam, bahagian pentadbiran dan pemandu secara suka rela mendaftar bagi mendapatkan vaksin, mereka akan dipanggil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima suntikan tidak lama lagi,” katanya, di sini hari ini.

Beliau menambah, hanya terdapat beberapa kakitangan sahaja lagi diperingkat daerah yang masih belum mendaftar, semua mereka dijangka mendaftar dalam tempuh terdekat ini.

Bagi Badrul Hisham Ramly, dia telah mendaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19, sokongan yang diberikan JPNP menambahkan lagi semangatnya untuk menerima suntikan yang disediakan kerajaan.
“Suntikan yang akan diterima tidak lama lagi memberi lebih keyakinan serta keselesaan untuk saya menjalankan tugas sebagai pemandu.

“Hanya dengan vaksin dapat menghalang jangkitan COVID-19, selain itu kita perlu sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan KKM,” katanya yang bertugas di Pejabat Pembangunan Hutan JPNP Bukit Sekilau, di sini.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *