Laporan polis dibuat berhubung gambar tular kes pembunuhan di Ipoh

 Laporan polis dibuat berhubung gambar tular kes pembunuhan di Ipoh

IPOH, 27 Nov — Satu laporan telah dibuat oleh seorang pegawai polis dari Balai Polis Sungai Senam berhubung gambar yang tular dengan unsur-unsur fitnah berhubung pergaduhan yang berlaku di Jalan Ashby yang mengakibatkan kematian seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan dalam satu kenyataan di sini malam ini berkata gambar yang menunjukkan pegawai dari Balai Polis Sungai Senam di sini, adalah daripada mereka cuba meleraikan pergaduhan itu.

Beliau berkata polis telah bergegas ke tempat kejadian berikutan maklumat awam dan berjaya menyelesaikan keadaan dengan penangkapan tiga individu di tempat kejadian.

“Bagaimanapun, gambar yang tular seolah-olah menunjukkan polis tidak meleraikan pergaduhan itu.

“Siasatan mengenai perkara itu sedang dijalanlan. Tindakan pemilik akaun media sosial itu mengeluarkan kenyataan negatif tanpa mengetahui fakta sebenar adalah sangat tidak bertanggungjawab dan dikesali,” katanya.

Tiga beradik berusia 34 hingga 60 tahun direman selama tujuh hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang lelaki yang dipercayai mati akibat dicekik dalam pergaduhan di hadapan sebuah gerai di Pasar Pagi Flat Ashby, Sungai Senam.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

3  +  2  =