Laporan Palsu Kehilangan MyKad: Polis siasat 68 individu

 Laporan Palsu Kehilangan MyKad: Polis siasat 68 individu

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai

KUALA LUMPUR, 25 Nov — Seramai 68 individu disiasat kerana membuat laporan polis palsu berhubung kehilangan kad pengenalan bagi mengelak dikenakan denda oleh Jabatan Pendaftaran Negara dari Januari hingga 21 Nov tahun ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai, kesemua individu terbabit yang berumur antara 18 hingga 60 tahun itu membuat laporan palsu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dan mendakwa mereka menjadi mangsa rompakan dan kecurian ragut.

Beliau berkata siasatan lanjut mendapati kebanyakan kejadian yang dilaporkan hanyalah palsu dan kehilangan MyKad adalah disebabkan kecuaian mereka sendiri.

Katanya lagi, polis telah membuka sebanyak 68 kertas siasatan dan daripada jumlah itu, 59 telah dituduh di mahkamah manakala sembilan lagi masih disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

“Polis memandang serius perkara ini kerana individu yang tidak bertanggungjawab membuat laporan palsu akan membuang masa dan tenaga pegawai penyiasat dan wang kerajaan untuk menyiasat kes-kes yang tidak wujud,” katanya kepada media di IPD Sentul.

Mereka yang kehilangan MyKad buat kali pertama akan didenda RM100, kali kedua RM300 dan kali ketiga RM1,000.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  7  =  2