• Sunday, 20 June 2021, 2:00 pm

Laporan Awal: Kemalangan tren kecuaian manusia – Menteri Pengangkutan

 Laporan Awal: Kemalangan tren kecuaian manusia – Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR, 25 Mei —Ā  Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata hasil siasatan awal oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) melaporkan nahas melibatkan dua buah tren transit aliran ringan (LRT) adalah disebabkan oleh kecuaian manusia.

Dalam satu sidang media hari ini, Wee berkata pengendali atau ‘hostler’ tren TR40 yang ketika itu tidak membawa penumpang, telah memandu tren tersebut secara lawan arah.

“Tren ini telah mengalami masalah time-out dan berhenti semasa menghampiri platform stesen Kampung Baru, dan kegagalan TR40 adalah disebabkan oleh kegagalan tren untuk beroperasi secara automatik memandangkanĀ Vehicle On Board ControllerĀ (VOBC) terhenti.

“Jadi kita terpaksa mengerahkan hostler untuk memandu tren tersebut, tetapi kesilapan atau kecuaian pemandu ini adalah bawa ke arah bertentangan.

“Lalu ia bertembung dengan tren (TR81) yang sedang membawa penumpang,” katanya

Laporan lanjut akan menyusul

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *