Lapan kedai kosong di Endau hangus terbakar

 Lapan kedai kosong di Endau hangus terbakar

Lapan kedai kosong di Jalan Bulang, Kampung Tanjong, Endau musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

MERSING, 31 Jul — Lapan kedai kosong di Jalan Bulang, Kampung Tanjong, Endau di sini musnah dalam kebakaran awal pagi ini.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Endau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Hussin berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan jam 3.55 pagi sebelum menghantar 14 anggota dari BBP Endau dan Mersing ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan lapan unit lot kedai di stesen bas yang telah kosong dan ditinggalkan. Ini mengakibatkan binaan struktur separuh kekal itu musnah 80 peratus.

“Kebakaran turut melibatkan sebuah motosikal jenis dan nonbor pendaftaran yang tidak dikenal pasti telah musnah 90 peratus,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa dan operasi ditamatkan jam 5 pagi.

“Pihak bomba masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kebakaran dan anggaran kerugian,” katanya.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  −  1  =  3