Lantik ahli Dewan Negara sama seperti lantik wakil rakyat – Mohamed Ariff

 Lantik ahli Dewan Negara sama seperti lantik wakil rakyat – Mohamed Ariff

KUALA LUMPUR, 5 Nov — Kerana kerap berlaku ketidakseimbangan pemilihan ahli Dewan Negara, satu cadangan diperkenalkan untuk melantik jawatan itu sama seperti melantik wakil rakyat.

Cadangan ini diutarakan oleh Mantan Speaker Dewan Rakyat yang menyarankan agar pemilihan ahli Dewan Negara dilaksanakan sama seperti memilih wakil rakyat.

Tan Sri Mohamed Ariff Yusof berkata, hal ini kerana berlaku ketidakseimbangan apabila ahli Dewan Negara yang dipilih oleh eksekutif melalui Yang di-Pertuan Agong lebih ramai jumlahnya daripada yang dipilih oleh negeri.

Menurutnya, seramai 44 ahli Dewan Negara yang dilantik melalui Seri Paduka Baginda namun hanya 26 orang ahli Dewan Negara mewakili negeri.

Menurut beliau lagi, tidak berlaku keadaan yang seimbang dan tidak demokratik.

“Tiba masa kita harus ubah imbangan ini supaya orang yang dilantik secara terus akan menjadi majoriti di Dewan Negara.

“Saya sarankan yang dilantik secara terus merupakan individu yang dapat mewakili kehendak atau kepentingan negeri.

“Idea asal iaitu harus ada ahli Dewan Negara untuk mewakili kelompok tertentu seperti orang asal dan penjagaan sudah tidak terpakai sekarang.

“Dalam Dewan Rakyat sekalipun, ramai yang boleh mewakili pelbagai kelompok awam. Misalnya, kita sudah ada wakil rakyat daripada orang asal, kelompok bisnes dan profesional.

“Jadi konsep lama perlu difikirkan kembali dan adakan sistem yang lebih demokratik. Lantik terus agar lebih demokratik, supaya ahli Dewan Negara mewakili rakyat jelata juga seperti mana wakil Dewan Rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamed Ariff berkata, negara harus melantik individu yang layak untuk menjadi hakim dan pakar tentang undang-undang sebagai usaha mengekalkan kedudukan badan kehakiman di Malaysia.

“Konsep pemilihan wakil rakyat dan hakim pun sama juga. Seorang hakim hendaklah bersifat telus, mempunyai kepakaran dan kualiti kenegaraan.

“Walaupun kita gunakan istilah yang lain tapi asasnya sama. Mereka mesti bersikap terbuka, jujur dalam menjalankan tugas,” jelas beliau.

Tan Sri Mohamed Ariff Yusof berkata demikian semasa program bertajuk ‘Reformasi Parlimen Penentu Kestabilan Negara’ yang disiarkan Sinar Harian pada Rabu.

Kredit berita asal : Sinar Harian

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  −  3  =  1