Langkah Singapura tawarkan vaksin dipuji pemandu lori

 Langkah Singapura tawarkan vaksin dipuji pemandu lori

JOHOR BAHRU, 11 Mac — Langkah Singapura menawarkan vaksin COVID-19 kepada pemandu dan pengiring lori kargo terpilih yang sering memasuki negara itu dapat mengurangkan risiko jangkitan dan mempermudahkan lagi proses memasuki republik berkenaan.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Lori Johor Novan Hing berkata langkah kerajaan Singapura itu menunjukkan negara berkenaan berfikir ke hadapan dalam mendepani pandemik COVID-19.

ÔÇťInisiatif ini sangat diterima baik dan melegakan pemandu lori, cuma kami tidak tahu lagi bagaimana proses untuk mendapatkan vaksin itu.

ÔÇťKami mengharapkan supaya dengan pemberian vaksin, jumlah pemandu lori menjalani ujian swab berkurang kerana tidak semua akan dapat (vaksin) tetapi yang penting inisiatif ini perlu diberi pujian,ÔÇŁ katanya┬á kepada Bernama┬ádi sini, hari ini.

Pada Isnin lepas, kerajaan Singapura dalam satu kenyataan mengumumkan akan menawarkan vaksin COVID-19 kepada pemandu dan pengiring lori kargo terpilih yang sering memasuki Singapura dari Malaysia pada bulan ini.

Republik itu menyatakan mereka yang terpilih untuk divaksin bakal dimaklumkan menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) daripada Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura dan akan dihubungi untuk janji temu bagi menjalani vaksinasi di tempat ditetapkan di republik itu.

Pemandu lori, S. Sugunthan, 27, berkata langkah itu dapat meningkatkan keyakinan mereka dari segi kesihatan yang setiap hari perlu berulang-alik ke republik berkenaan.

ÔÇťMacam kami setiap kali masuk Singapura perlu buat ujian swab, jadi┬álangkah ini juga dapat kurangkan kesesakan jalan raya,ÔÇŁ katanya yang telah bekerja sebagai pemandu lori selama lima tahun.

Sugunthan yang memandu lori kargo membawa muatan barang elektronik mengharapkan dapat menjadi antara individu bertuah yang terpilih menerima vaksin berkenaan.

Seorang lagi pemandu lori, M. Sarawana berpendapat langkah itu akan memudah serta mempercepatkan proses para pemandu lori untuk memasuki negara berkenaan.

ÔÇťBila dapat vaksin dengan lebih awal, ia akan bantu proses perjalanan antara kedua-dua negara dengan mudah dan harap tidak perlu lagi buat ujian swab setiap kali masuk Singapura,ÔÇŁ katanya yang telah memandu lori selama 20 tahun.

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  68  =  71