Langgar SOP: Video tular penjara khas, berita lama yang dimanipulasi

 Langgar SOP: Video tular penjara khas, berita lama yang dimanipulasi

KUALA LUMPUR — Sebuah video yang menunjukkan Menteri dalam negeri Dato’ Seri Hamzah Zainuddin memberi amaran kepada mereka yang berhasrat melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) merupakan video lama yang kembali tular.

Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri, Sayed Amir Muzakkir Sayed Mohamad menjelaskan bahawa video yang memaparkan sedutan temuramah Astro Awani bersama Hamzah  itu adalah video lama yang dirakam tahun lalu, sewaktu PKP 1.0 lagi.

“Dato’ Seri mengeluarkan kenyataan ‘tangkap terus masuk penjara’ itu ketika PKP yang pertama dahulu, bagi mereka yang degil tidak mahu memakai pelitup muka walaupun telah diingatkan pelbagai kali,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

“Video itu tidak ada kena mengena dengan PKP yang dikuatkuasakan sekarang. Mereka yang didapati melanggar SOP kini hanya akan dikenakan kompaun seperti biasa, mengikut garis panduan yang telah ditetapkan,” katanya.

Sayed Amir turut menggesa pengguna media sosial agar tidak berkongsi video dan maklumat yang tidak sahih bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat.

Beliau juga menyarankan agar rakyat terus menyokong usaha kerajaan untuk mengekang penularan wabak COVID-19 dengan mematuhi SOP yang ditetapkan dan mengutamakan kebersihan.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

92  −  88  =