Langgar SOP: Najib Razak sentiasa dalam pemerhatian KJ

 Langgar SOP: Najib Razak sentiasa dalam pemerhatian KJ

Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR, 18 Nov — Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata beliau sentiasa memerhatikan kempen bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang didakwa berulang kali melanggar SOP COVID-19 semasa di Melaka.

“Berkenaan dengan pematuhan SOP di PRN Melaka, sudah pasti YB Pekan ada dalam perhatian saya sentiasa setiap hari.

“Saya akan maklumkan kepada pihak penguatkuasa,” kata Khairy, ketika menjawab Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer yang mencelah semasa ucapan penggulungan Bajet 2022 Menteri, di Dewan Rakyat pada Khamis.

Khairy juga sempat menyindir dengan kata-kata “Malu apa bossku” malah sempat disambut oleh Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Lii Yee Yuen dengan berkata; “ya sangat malu.”

Terdahulu Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer (PH) membangkitkan rakaman sebuah video yang tular memaparkan Najib menurunkan tandatangan di sebuah motosikal semasa berkempen malah meminta Najib dikenakan kompaun maksima sebanyak RM 50.000 kerana didakwa melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

75  −  65  =