Langgar SOP Aidilfitri: EXCO Terengganu didenda RM2,000

 Langgar SOP Aidilfitri: EXCO Terengganu didenda RM2,000

Dr Azman Ibrahim (tengah) menerima surat tawaran kompaun daripada Asisten Superintendan Syed Mohammad selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut

JERTIH, 15 Mei — Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri Terengganu Dr Azman Ibrahim semalam didenda RM2,000 setelah didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri yang berkuat kuasa susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Besut Superintenden Abdul Rozak Muhammad mengesahkan perkara ituĀ ketika dihubungi Bernama dan berkata kompaun RM2,000 adalah jumlah maksimum yang dikenakan kepada mana-mana individu yang melanggar SOP ditetapkan.

ā€œBagi mana-mana perbadanan atau pertubuhan yangĀ melanggar SOP Aidilfitri, kadar maksimum kompaun ialah RM10,000,ā€ katanya.

Terdahulu, Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut selepas tular di laman sosial gambar beliau dikunjungi seorang tetamu lelaki kelmarin.

Lelaki berumur 55 tahun itu, yang enggan dikenali, turut didenda RM2,000.

Berikutan pelaksanaan PKP di seluruh negara bermula Rabu lepas hingga 7 Jun,Ā beberapa SOP bagi sambutan Aidilfitri telah ditetapkan termasuk tidak membenarkan aktiviti ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur.

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

73  −  69  =