• Sunday, 20 June 2021, 2:25 pm

Lakonan Sharifah Rose dilabel ‘kayu’?

 Lakonan Sharifah Rose dilabel ‘kayu’?

PETALING JAYA : Nama selebriti media sosial, Sharifah Rose,23, menjadi buah mulut ramai menerusi lakonan dalam dua drama iaitu Kekasih Hati Mr Bodyguard dan Kisah Cinta Rumi.

Masih hijau dalam bidang lakonan, Rose banyak menimba ilmu dan gembira melihat perubahan positif sebagai pelakon. Malah, dia juga berterima kasih kepada pengarah dan gandingan yang banyak membantunya.

“Setelah menonton semula lakonan, ada beberapa aspek yang boleh diperbaiki memandangkan saya masih hijau dalam industri seni. Sejujurnya, pengarah, gandingan dan produksi banyak membantu.

Sharifah Rose mengakui masih hijau dalam lakonan.

“Kali pertama saya berjumpa Redza ketika uji bakat, saya sangat gementar, memandangkan ini adalah kali pertama saya menerima tawaran watak utama, dan digandingkan pula dengan Redza yang kita tahu lakonannya sedang banyak ditayangkan di televisyen.

“Jadi pastinya saya sangat gementar sebab saya tak pasti saya boleh membina keselesaan dengan dia. Tapi alhamdulillah dia banyak membantu di set penggambaran dan saya banyak belajar dengan dia, “ ujar Rose.

Sharifah Rose mengakui sebagai gandingan, Reza banyak membantunya.

Terdahulu, pembabitan pelakon yang pernah dikaitkan bercinta dengan anak tiri penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza dalam drama siaran slot Lestary di TV3 itu hangat diperkatakan terutama kebolehan Rose menghidupkan watak.

Ramai juga yang membincangkan kredibiliti pemilihan pelakon utama drama berdasarkan jumlah pengikut di Instagram. Nama Rose turut menjadi perbualan yang mana lakonanannya di label sebagai ‘kayu’.

Dramanya bersama Redza Rosli, Kekasih Hati Mr Bodyguard boleh distrim menerusi platform terbaharu itu yang akan dilancarkan mulai 1 Jun depan.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *