Lajim ditidurkan selepas dijangkiti COVID-19

 Lajim ditidurkan selepas dijangkiti COVID-19

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Seri Lajim Ukin

KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Seri Lajim Ukin, dilaporkan ditidurkan pada tengah hari Selasa susulan dijangkiti Covid-19.

Beliau yang juga Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) difahamkan dijangkiti virus Covid-19 dan keadaan kesihatan beliau merosot sejak Isnin.

Sinar Harian melaporkan Ketua Bersatu Bahagian Beaufort, Datuk Isnin Aliasnih mengesahkan perkara itu.

“Ya, beliau kini sakit tenat akibat jangkitan Covid-19. Beliau sudah lapan hari dimasukkan ke Hospital KPJ dan baru-baru ini dia ada memaklumkan bahawa sudah sihat dan mahu pulang (ke rumah),” katanya.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan, bahawa Lajim kemudian tenat.

“Pagi tadi jam 10 lebih kami ada ‘video call’. Memang dia sakit tenatlah,” katanya.

Sementara itu, difahamkan Lajim dimasukkan ke hospital itu sejak 13 Ogos lalu dan sehari sebelum menerima rawatan, beliau mengikuti satu lawatan kerja di Kudat.

Beliau kemudian mengatakan berasa kurang sihat ketika berada di rumahnya pada sebelah malam 12 Ogos lalu sebelum dibawa ke Hospital Gleneagles bagi mendapatkan rawatan dan disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian PCR dan RTK.

Sebelum itu, akaun Facebook Pejabat Datuk Azizah Mohd Dun membuat hantaran bahawa satu majlis bacaan Yassin dan doa selamat diadakan bagi mendoakan kesihatan Lajim yang dijangkiti Covid-19.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

8  +  1  =