Lagu Isabella hiburkan mangsa banjir

 Lagu Isabella hiburkan mangsa banjir

MUAR – Lantunan lagu Isabella dendangan penyanyi legenda rock tanah air, Amy Search nyata menghiburkan mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Sukan Pagoh, semalam.

Selain memenuhi permintaan seorang peminat setianya, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 64, yang hadir bersama-sama Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad turut menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di PPS tersebut.

“Lawatan saya pada hari ini bertujuan bagi menyantuni mangsa-mangsa banjir selain memberi sokongan moral kepada mereka dalam menempuhi musibah ini.

“Pada masa yang sama, saya turut menyampaikan bantuan produk kopi milik saya, iaitu Kopi Phewiiit kepada mangsa banjir yang ditempatkan di PPS ini,” katanya.

Amy Search menunaikan permintaan peminat setianya untuk menyanyikan lagu Isabella semasa mengunjungi sebuah PPS di Pagoh, semalam

Amy Search dan Hasni turut melawat mangsa-mangsa banjir di PPS Dewan Serbaguna Pagoh.

Menurut Amy Search, kunjungannya ke dua PPS di Pagoh ini merupakan sebahagian daripada rangka lawatannya bagi menyantuni mangsa banjir di seluruh negara.

“Sebelum ini, saya telah hadir ke beberapa PPS di Dengkil dan Shah Alam bagi melihat sendiri keadaan mangsa banjir. Musibah yang melanda pada kali ini agak teruk kerana melibatkan mangsa yang banyak dengan kerugian besar.

“Saya berharap agar semua mangsa banjir diberikan kesabaran dan kekuatan dalam menempuh dugaan yang melanda mereka,” katanya

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

29  −    =  19