Labuan selesai fasa pertama vaksinasi

 Labuan selesai fasa pertama vaksinasi

LABUAN, 28 Mac  — Labuan selesai melaksanakan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan selepas baki daripada keseluruhan 2,328 petugas barisan hadapan yang disenaraikan di bawah fasa itu menerima dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech masing-masing hari ini.

Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata pulau bebas cukai itu kini bersedia melaksanakan fasa kedua program yang dijadual melibatkan 27,000 individu.

“Kami harap dapat mempercepatkan program vaksinasi ini memandangkan jumlah mereka yang mendaftar (menerusi MySejahtera) di bawah fasa kedua ialah sekitar 16,000 orang,” katanya selepas mendengar taklimat mengenai perkembangan projek pembangunan dan ubah suai kemudahan kesihatan di Labuan, di Klinik Kesihatan Membedai di sini.

Menurut Dr Ismuni, pihaknya menjangkakan fasa tiga dapat diselesaikan pada Oktober tahun ini, iaitu empat bulan lebih awal berbanding jadual asal pada Februari 2022.

Labuan antara yang terawal melaksanakan program imunisasi itu, bermula pada 27 Feb, sehari selepas bekalan vaksin diterima.

Setakat hari ini, Labuan merekodkan kadar jangkitan COVID-19 tertinggi di Malaysia iaitu 2,312 kes bagi setiap 100,000 penduduk.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

6  +  4  =