KWSP umum waktu operasi PKP 3.0

 KWSP umum waktu operasi PKP 3.0

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang diumumkan kerajaan minggu lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja menguatkuasakan waktu operasi yang baharu mulai jam 8.30 pagi sehingga 3 petang dari 16 Mei hingga 7 Jun akan datang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan KWSP, pelaksanaan waktu operasi yang baharu ini selaras dengan arahan PKP 3.0 yang diumumkan bermula 12 Mei hingga 7 Jun depan dan akan dilaksanakan di semua cawangan KWSP seluruh negara.

Dalam kenyataan sama, pencarum digalakkan untuk melakukan urusan berkaitan KWSP secara dalam talian melalui aplikasi atau laman sesawang i-Akaun. Mereka juga boleh hadir atau menukar tarikh temu janji untuk berurusan di kaunter melalui kemudahan Janji Temu Online yang disediakan di platfom sama.

Selain itu, KWSP turut menyatakan bahawa mereka akan mempertingkatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka serta SOP berkaitan bagi membendung penularan wabak Covid-19 di cawangan-cawangan mereka.

Ini susulan daripada penutupan satu cawangan KWSP di Seri Petaling pada Selasa selalu apabila pegawai di cawangan tersebut didapati positif Covid-19. Penutupan cawangan itu adalah diatas saranan Kementerian Kesihatan bagi membolehkan kerja-kerja nyahkuman dan sanitasi dijalankan.

Pegawai yang disahkan positif itu kini telah menerima rawatan dan pengesanan kontak rapat sedang giat dijalankan.

Dalam pada itu, ahli KWSP yang memerlukan bantuan lanjut boleh terus menghubungi pejabat KWSP di talian 0389226000 atau layari laman sesawang KWSP di alamat www.kwsp.gov.my.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

54  +    =  64