Shahidan sumbang bantuan kepada 126 mangsa Banjir Fasa 2

 Shahidan sumbang bantuan kepada 126 mangsa Banjir Fasa 2

KUANG : Seramai 126 mangsa Banjir Fasa 2, Parlimen Selayang, Kampung Setia Kuang, di sini menerima bantuan sumbangan daripada Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyampaikan sumbangan itu sekitar jam 11 pagi tadi.

Beliau menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan asas dan beserta wang tunai kepada penerima-penerima terbabit.

“Anda datang pada hari ini dengan niat untuk mendapat dua kemenangan. Yang pertama adalah niat kerana Allah SWT dan yang kedua untuk mendapat sumbangan.

“Apabila kita beribadat kerana hendak mencari ‘untung’, sebenarnya Allah memang tunggu kita untuk menghadapNya. Saya sudah lama tidak berinteraksi, jadi kali ini saya turun padang untuk menghulurkan bantuan.

“Saya melihat kerosakkan yang amat dahsyat yang berlaku di banyak tempat termasuk di kawasan bandar sehingga mengakibatkan kerosakkan barang-barang di rumah,” katanya.

Majlis sumbangan bantuan kepada mangsa banjir fasa 2 dianjurkan oleh Ketua UMNO Bahagian Selayang, Datuk Abdul Shukur Idrus. Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Segambut, Datuk Mahadhir Sulaiman dan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai Datuk Ramlan Askolani.

Selain itu, majlis turut dimeriahkan oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Reny Rahayu Ishak, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang Shah Zanuriman serta Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Selayang.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

64  +    =  69