KWP anjur Golden Ride KL – Arau

 KWP anjur Golden Ride KL – Arau


KUALA LUMPUR : Sempena sambutan Jubli Emas Bandaraya Kuala Lumpur, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kelab Sukan DBKL menganjurkan Golden Ride KL – Arau bermula hari ini hingga Ahad.

Gambar ihsan Facebook DBKL

Acara dimulakan dengan pelepasan konvoi 50 buah motosikal berkuasa tinggi di Dataran Merdeka yang disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah. 

Gambar ihsan Facebook DBKL

Konvoi berkenaan yang dilancarkan sempena ulang tahun ke-50 Kuala Lumpur itu diketuai oleh Timbalan Menteri Wilayah Perseketuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias di Dataran Merdeka, di sini sekitar 7.30 pagi tadi. 

Ekspedisi yang bakal berlangsung selama tiga hari ini juga akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti konsep tanggungjawab sosial korporat (CSR) di beberapa lokasi persinggahan.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2  +  6  =