• Wednesday, 16 June 2021, 6:45 am

Kumpulan bersenjata picu perang bersaudara Myanmar

 Kumpulan bersenjata picu perang bersaudara Myanmar

YANGON, 1 Jun. – Rampasan kuasa di Myanmar yang bermula pada Februari lalu telah meletakkan negara itu dalam ambang perang bersaudara apabila masyarakat disana mula mengangkat senjata bagi mempertahankan diri dari kempen kekerasan tentera.

Rampasan kuasa yang bermula apabila tentera Myanmar, atau Junta, menahan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi dan Presiden Win Myint dalam rampasan kuasa pertama di negara itu sejak tahun 1988, sekali gus mengakhiri satu dekad pemerintahan awam.

Menurut laporan The Guardian, Liga Demokrasi Nasional yang dipimpin Suu Kyi telah menang besar dalam pilihan raya umum pada bulan November lalu, namun pihak tentera mendakwa pilihan raya itu dicemari oleh penipuan dan menahan Suu Kyi dan Win Myint pada Februari lalu.

“Rakyat Myanmar ditinggalkan tanpa pilihan selain mempertahankan diri. Ancaman berterusan tentera termasuk serangan, penangkapan, penyiksaan dan pembunuhan telah mendorong masyarakat untuk mengangkat senjata.

“Ini baru fasa permulaan kerana keadaan akan menjadi tidak terkawal. Walaupun hanya satu orang di sebuah kampung, mereka tidak akan hanya tunduk di hadapan para pembunuh ini. Ini adalah seluruh negara yang menuju perang saudara,” kata Dr Sasa, jurucakap Perpaduan Kerajaan Nasional Myanmar (NUG), yang ditubuhkan oleh ahli politik pro-demokrasi.

Setakat ini, sekurangnya 58 pasukan pertahanan telah terbentuk di seluruh Myanmar, 12 daripadanya aktif, menurut laporan Armed Conflict Location and Event Data Project (ACLED), sebuah organisasi tanpa untung yang mengesan konflik.

Menurut laporan ACLED, kumpulan-kumpulan ini dibentuk di peringkat tempatan dan tidak semestinya dikaitkan secara rasmi dengan NUG.

Kumpulan berkenaan telah mendedahkan sedikit tentang latihan mereka, tetapi sumber dan intensiti mereka berbeza-beza.

Sekolah di seluruh negara, antaranya diduduki pihak tentera telah dibom atau dibakar oleh pihak tidak diketahui, dalam apa yang mungkin merupakan usaha untuk menutup sistem pendidikan oleh penunjuk perasaan anti-Junta.

Menurut media tempatan, pihak Junta telah memerintahkan ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak mereka untuk kembali ke sekolah, tetapi majoriti daripadanya tidak melakukannya. Lebih daripada separuh guru sekolah negeri mogok dan menyertai protes anti-Junta.

Sekurang-kurangnya 833 orang telah terbunuh sejak tentera merampas kuasa pada bulan Februari, menurut perkiraan oleh kumpulan sokongan Persatuan Bantuan untuk Tawanan Politik Burma. Ribuan orang telah ditahan, selalunya di lokasi yang tidak diketahui di mana mereka berisiko diseksa.

Apa yang merumitkan adalah kumpulan bersenjata berkenaan boleh mengambil kesempatan dan mengeksploitasi krisis ini demi keuntungan wilayah mereka sendiri

Perang bersaudara hanya akan memecah belahkan sesebuah negara dan ianya akan menjadi lebih teruk jika berlaku campur tangan negara lain.

Ambil contoh apa yang berlaku di negara-negara Arab seperti Iraq, Syria dan Libya di mana negara ini hingga kini tiada jalan untuk memperbaiki situasi yang berlaku.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *