Kritikan Asyraf Wajdi tidak berasas, sekadar modal PRN Melaka – Wan Fayhsal

 Kritikan Asyraf Wajdi tidak berasas, sekadar modal PRN Melaka – Wan Fayhsal

Wan Ahmad Fayhsal, Ketua Armada Nasional

MELAKA, 19 Nov — Ketua Armada Nasional, Senator Wan Ahmad Fayhsal menyifatkan kritikan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Umno, Dato Dr Asyraf Wadji Dusuki berkenaan keputusan pembatalan projek Keretapi Laju (HSR) dari Singapura ke Kuala Lumpur sebagai tidak berasas.

Wan Fayhsal yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional 1 berkata, keputusan yang dibuat oleh kerajaan adalah secara teliti dan profesional melibatkan semua ahli jemaah menteri daripada pelbagai parti termasuk dari parti Ketua Pemuda Umno itu sendiri.

Beliau berkata tiada tindakan terburu-buru yang dibuat berkenaan hal ini kerana kerajaan Perikatan Nasional telah berunding semula secara profesional dengan kerajaan Singapura yang mengambil masa hampir 6 bulan.

“Ketua Pemuda Umno mengkritik akan keputusan ini sebagai merugikan negara dan rakyat Melaka namun ini adalah satu keputusan yang dibuat secara teliti dan profesional melibatkan semua jemaah menteri termasuklah dari Umno dan Barisan Nasional.

“Tiada tindakan terburu-buru yang dibuat berkenaan hal ini kerana kerajaan PN telah berunding semula secara profesional dengan kerajaan Singapura yang mengambil masa hampir 6 bulan lamanya yang mana delegasi diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal ekonomi, Dato’ Sri Mustapa Mohamed.

“Berdepan dengan pandemik COVID19 yang menuntut kepada perbelanjaan yang lebih penting untuk melindungi nyawa dan memulihkan kehidupan rakyat, kos pembangunan HSR yang menelan belanja dan jumlah Jaminan Kerajaan yang besar untuk tempoh yang panjang bukanlah keutamaan yang tepat ketika ini.

Malah kata beliau lagi, keretapi laju bukanlah satu-satunya pemangkin ekonomi dan pemangkin ekonomi yang berkesan buat rakyat negeri Melaka.

“Jelas di sini isu pembatalan HSR ini tidak perlu dipolitikkan oleh Ketua Pemuda UMNO sebagai modal kempen PRN Melaka.

“Yang patut dirisaukan ialah model pembangunan Melaka yang muflis oleh kerajaan terdahulu yang lebih menekankan cara menggadaikan sumber alam Melaka untuk kepentingan masa pendek kleptokrat khususnya melalui penjualan pasir dan penambakan laut untuk membina projek-projek yang hanya boleh ditonton dan tidak mampu milik oleh kebanyakan rakyat Melaka.

“Kerana model pembangunan muflis inilah juga kerajaan negeri Melaka dijatuhkan sesama kepimpinan UMNO Melaka sendiri,”

“PN telah gariskan model pembangunan yang lebih mapan dan lestari selari dengan menekankan peri penting pelancongan Melaka yang berdaya maju melalui pelaburan modal budaya dan sejarah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Khamis.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

4  +  5  =