Kren tumbang, dua maut & dua cedera

 Kren tumbang, dua maut & dua cedera

Oleh Suraya Ali

KUALA LUMPUR, 22 Mac — Dua maut dan dua lagi dilaporkan cedera dalam kejadian kren tumbang di Cheras, pagi ini.

Dalam satu kenyataan, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 8.45 pagi.

Balai Bomba dan Penyelamat Cheras, Tun Razak dan Hang Tuah dikerahkan ke tempat kejadian dengan kekuatan dua jentera FRT, sebuah ALP dan sebuah van EMRS yang diketuai oleh Senior Assistant Fire Superintendent (PKPgB) Mohd Khairul Azmi Jaafar.

Seramai 25 orang anggota terlibat dalam operasi hari ini.

Menurut Ketua Operasi, setibanya pasukan bomba di lokasi berlakunya kejadian melibatkan struktur besi kren Launcher pembinaan lebuh raya telah jatuh dan menghempap sebuah kereta Bezza.

“Kejadian melibatkan 4 orang mangsa. Seorang mangsa warga negara Malaysia iaitu pemandu kereta yang cedera parah kerana kereta beliau telah terhempap besi kren launcher,” katanya.

Sementara itu, tiga mangsa lagi adalah pekerja projek pembinaan tersebut dipercayai dua orang mangsa telah jatuh setinggi 120 kaki dan telah disahkan meninggal dunia.

“Seorang lagi mangsa masih tersangkut di landasan pembinaan lebuh raya dan kerja-kerja penyelamatan mangsa sedang dijalankan oleh anggota bomba,” katanya.

Ikuti perkembangan kejadian ini dalam laporan Wacana.my selanjutnya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  16  =  26