KPPK manfaatkan Revolusi Industri 4.0 rancakkan industri sawit negara

 KPPK manfaatkan Revolusi Industri 4.0 rancakkan industri sawit negara

Datuk Zuraida Kamaruddin, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

JAKARTA, 7 NOV — Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK) menerusi agensi dibawahnya Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berhasrat untuk mengembangkan lagi potensi industri minyak sawit mampan Malaysia dengan memanfaatkan teknologi sawit sedia ada.

Satu kerjasama dua hala antara MPOB dengan IPB Universiti bagi meningkatkan imej baik industri sawit mampan Malaysia-Indonesia melalui penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

Menurut Menterinya, yang dipetik dari satu kenyataan di laman Facebook Zuraida Kamaruddin semalam, Kementerian akan memberikan tumpuan kepada usaha pendedahan kepada negara seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) tentang kemampuan Malaysia dan Indonesia menghasilkan sawit yang mampan.

“Fokus utama saya adalah memberikan kesedaran kepada Kesatuan Eropah dan Amerika terhadap daya Malaysia dan Indonesia menghasilkan industri sawit yang mampan.”

Kerjasama ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan kebolehpasaran produk hiliran yang dihasilkan antara dua negara.

“Pelbagai produk hiliran yang telah dihasilkan oleh IPB Universiti berupaya dikembangkan di Malaysia melalui program agrikomoditi.” memetik laporan People Post Insider pada Isnin.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *