KPN sahkan pegawai JSJK Pulau Pinang lepaskan suspek Macau Scam

 KPN sahkan pegawai JSJK Pulau Pinang lepaskan suspek Macau Scam

IPOH, 12 Mac — Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini mengesahkan seorang pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang telah melepaskan suspek yang terlibat dengan sindiket Macau Scam di negeri itu.

Beliau berkata perkara itu dikesan hasil siasatan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

“Kita sedang ambil tindakan drastik kerana ini terang-terangan satu pengkhianatan kepada amanat yang telah saya berikan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian sayap juruterbang dan penutupan kursus Lesen Juruterbang Persendirian di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara, di sini hari ini.

Ditanya sama ada pegawai terbabit dikenakan tindakan tatatertib, Abdu Hamid berkata: “Saya tidak lagi cenderung kepada tindakan tatatertib kerana hukumannya tidak setimpal. Paling tinggi pun lucut hak emolumennya tujuh hari. Untuk buang kerja, turun pangkat, itu kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).”

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan ada pegawai polis di Pulau Pinang bertindak melepaskan suspek Macau Scam.

Semalam, Abdul Hamid dilaporkan berkata kes 31 anggota yang sebelum ini dikenal pasti terbabit dalam kegiatan Macau Scam diserahkan kepada SPP.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  2  =  3