KPLB kukuhkan kerjasama dengan agensi lain demi rakyat

 KPLB kukuhkan kerjasama dengan agensi lain demi rakyat

KUALA LUMPUR, 5 Sept — Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mengukuhkan lagi kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dibawah beberapa kementerian bagi melestarikan kehidupan masyarakat luar bandar.

Timbalan Menteri I KPLB Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad memberitahu Wacana.my, KPLB telah menjalankan kerjasama bersama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sebelum ini dengan menyediakan peranti dekoder MyTV bagi membantu pelajar menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) melalui DidikTV@NTV7.

” Bantuan ini telah pun dijalankan sejak awal tahun ini dan melibatkan pelajar masyarakat luar bandar, dan juga pelajar dalam kalangan Masyarakat Orang Asli,” katanya.

Namun, usaha itu akan ditingkatkan dengan menambahbaik capaian internet di luar bandar.

Ia susulan cadangan Menteri KPLB Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mahu KPLB bekerjasama lebih rapat dengan KKMM dan Tenaga Nasional Berhad untuk menambahbaik kualiti capaian internet dan saluran bekalan elektrik di kawasan luar bandar.

Selain itu, Abdul Rahman menjelaskan bagi pelajar-pelajar di dalam sistem TABIKA KEMAS di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), antara jalan penyelesaian yang di ambil adalah dengan menggunakan tenaga pendidik sedia ada untuk mencetakkan lembaran kerja dan menghantarkan kepada ibubapa bagi menjalankan sesi pembelajaran di rumah masing-masing.

Pendekatan ini diambil di kawasan-kawasan yang masih lagi kurang pencapaian internet ataupun bagi keluarga yang kekurangan peralatan dan peranti.

” Walaubagaimanapun, dengan mengambil kira keadaan semasa, di mana kebergantungan terhadap peranti komunikasi berada pada tahap yang amat tinggi, saya bersedia mengetengahkan perkara ini dalam perbincangan bersama dengan KKMM bagi mencari jalan penyelesaian untuk meningkatkan lagi kemudahan peranti di kawasan luar bandar bagi memudahkan lagi urusan PdPR dan juga perkara-perkara lain yang melibatkan pencapaian internet dan peranti elektronik,” katanya.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

80  −  76  =